Kami juga merancang untuk pergi ke Setia City Mall untuk menemubual beberapa orang Cina . Akan tetapi tempat tersebut tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti temubual. Oleh itu, kami telah melupakan perancangan tersebut. Akhir sekali, kami merancang untuk menemubual penyarah berbangsa Cina dari UITM Puncak Alam untuk mendapatkan maklumat tentang kajian kami. Beberapa orang pensyarah telah dihubungi untuk mendapatkan temu janji tetapi hanya seorang sahaja pensyarah yang bersetuju untuk ditemubual kerana beliau mempunyai masa lapang. Pensyarah lain tidak dapat ditemubual kerana mereka mempunyai jadual yang padat.