Wednesday, 10 December 2014

Sumbangan kami :)

Melalui projek CTU551 iaitu masyarakat cina dalam aspek pendidikan dan ilmu, wanita dan keluarga kami telah mendapat banyak ilmu baru. Salah satu ilmu tersebut ialah melalui pendidikan dan ilmu. kami mendapati masyarakat cina sangat mementingkan ilmu, bahkan ibubapa sanggup berkorban harta dan tenaga demi memastikan anak anak mendapat pendidikan yang sempurna. Ilmu yang kami perolehi ini tiada gunanya andai di simpan untuk kami sahaja , oleh itu Kami telah bersepakat memberi ilmu ini sebagai manfaat kepada beberapa orang pelajar UiTM Puncak Alam. Manfaat kami diberikan dalam bentuk penanda buku (ala ala kad sikit,hehehe..) yang tertulis kata-kata mengenai ilmu. Pelajar- pelajar ini dipilih secara rawak di kolej Angsana. Kami memilih pelajar- pelajar tersebut secara rawak untuk menyebarkan manfaat ini secara meluas, bukanlah terhad kepada pelajar fakulti farmasi sahaja. Semoga manfaat yang kami berikan kepada pelajar-pelajar ini di manfaatkan dan di sampaikan kepada orang lain. Aminn...




- yay! Kami berganding bahu menyiapkan penanda buku-


-inilah hasil kerja kami, cute kan? hehe


- bersama dengan rakan- rakan yang di beri manfaat :)
'Sharing is caring, caring is loving'


- video kami ketika memberi manfaat kepada rakan- rakan UiTM-

TAHUKAH ANDA??


Haa..tahukah anda masyarakat cina dahulu mempunyai satu amalan khas untuk kaum perempuan iaitu amalan mengikat kaki. melalui projek ini, kami telah mendapat satu ilmu yang boleh dikatakan pertama kali kami mendengarnya. sudah semestinya kami berasa sangat terkejut apabila membacanya. Amalan ini kebiasaannya diamalkan pada usia seawal 5 hingga 8 tahun, kanak-kanak perempuan ini diwajibkan melipat empat jari kaki mereka ke bawah telapak kaki sebelum mengikatnya.
Kain yang digunakan untuk mengikat kaki tersebut kemudian dijahit bagi mengemaskan lagi lipatan kaki berkenaan untuk mencegah empat jari kaki tersebut daripada terus membesar, sekali gus membantutkan pertumbuhan empat jari tersebut dan membiarkannya bersatu dengan telapak kaki.
Dalam budaya masyarakat China ketika itu, bentuk kaki kecil ialah lambang kecantikan wanita. Bahkan ia dipercayai dapat meningkatkan keghairahan seksual si lelaki.
Demi mengecapi kehormatan di tengah-tengah masyarakat, mereka rela untuk menghadapi masalah patah tulang kaki dan masalah jangkitan selama proses pengikatan berlaku.
Awalnya kaki itu dipotong kukunya hingga habis, lalu ditekan ke bahagian dalam dan dicampur pelbagai ramuan serta darah haiwan untuk melembutkan kulit kaki.
Setelah itu mereka kembali meremas kaki ke arah telapak sampai jari-jarinya patah. Agar bentuknya tetap, mereka mengikatnya dengan kain. Sebulan sekali ikatan itu dibuka dan kaki dicuci bersih lalu kembali diikat hingga akhirnya mengeras.
Namun beberapa saksi yang masih hidup di atas kekejaman amalan tersebut masih wujud. Mereka sering bercerita tentang soal kesakitan yang dialami demi untuk kelihatan cantik.
Wanita China zaman dahulu sering mempraktikkan amalan kaki kecil ini. Semakin mengecut kaki seseorang wanita itu seumpama bunga teratai maka semakin cantik seorang perempuan itu. Ya Allah, kami berasa sangat kesian kerana amalan tersebut nampak sangat menyakitkan.


Sesi Temu Bual (Perkara-perkara lain)

1. Tentang keagamaan dalam masyarakat Cina.

  • Masyarakat Cina tidak mempunyai agama yang utama.
  • Bergantung kepada persekitaran.
  • Mereka berdoa hanya untuk mendapatkan keberkatan seperti dikurniakan kekayaan dan kesihatan yang baik.
  • Anak-anak yang berpendidikan tinggi selalunya tidak mengikuti ajaran yang diamalkan oleh keluarganya. 
2. Adakah masyarakat Cina yang beragama Kristian menyambut Tahun Baru Cina ?
  • Tahun Baru Cina adalah perayaan yang bukan bersifat keagamaan.
  • Ia adalah sambutan bagi semua masyarakat Cina yang menggunakan kalendar Cina.
  • Orang Cina biasa selalunya memasukkan unsur-unsur agama ketika menyambut perayaan ini seperti berdoa untuk nenek moyang.
  • Orang Cina yang beragama Kristian pula hanya menyambutnya sebagai satu perayaan.
3.Mengapa masyarakat Cina menyukai warna merah?
  • Bagi mereka, merah itu warna yang berani dan menandakan kekuasaan. 
  • Kekuasaan itu pula penting  bagi mereka.

Sesi Temu Bual (Wanita & Keluarga)

Berikut merupakan hasil temu bual kami dengan Prof. Moo tentang aspek wanita dan keluarga orang Cina.

1. Apakah perbezaaan antara orang tua dan muda zaman dahulu dan sekarang.



Zaman Dahulu
Zaman Sekarang
Dipengaruhi dengan kebudayaan Cina
Dipengaruhi dengan kebudayaan Barat
Hormat dan menjaga orang tua serta mendengar nasihat orang tua
Kurang mendengar nasihat orang tua
Tidak pernah melawan cakap orang tua
Lantang bersuara

2. Adakah perubahan yang berlaku itu perubahan yang baik ataupun buruk ?



  • Perubahan yang buruk kerana kadang kala orang muda bertindak melampaui batas sehinggakan mereka menjadi kurang sopan kepada orang tua.
  • Orang muda zaman dahulu lebih mengutamakan keluarga. Apabila mereka bekerja, mereka akan memberikan sebahagian gaji mereka kepada ibubapa. 
  • Orang muda zaman sekarang lebih mengutamakan diri sendiri. Apabila mereka bekerja, gaji mereka akan digunakan untuk membeli barang yang mereka mahu. Mereka tidak menyumbang kepada ibubapa.
3. Perbezaan jumlah anak dahulu dan sekarang.
  • Keluarga dahulu biasanya datang dari komuniti pekebun jadi mereka memerlukan anak yang ramai untuk membantu mereka.
  • Keluarga sekarang banyak yang berkerjaya dan sibuk jadi tidak mampu mendapat anak yang ramai.
  • Selain itu, pendapatan mereka juga terhad, jadi sukar untuk membesarkan ramai anak.

Kekeluargaan dalam masyarakat Cina

Masyarakat Cina terdiri daripada unit keluarga yang menjadi asas struktur sosial. Hubungan antara individu, lelaki dan wanita, orang tua dan muda penting dalam sesebuah keluarga. Lelaki yang paling berumur merupakan ketua dan bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya seperti membekalkan keperluan keluarga. Seseorang lelaki itu akan dipatuhi dan diberi penghormatan. Isteri hanya menguruskan hal-hal dalam keluarga seperti menjaga anak. Anak-anak pula berperanan sebagai generasi baru yang akan mewarisi tradisi , harta benda dan keunikan sesebuah keluarga. Hanya anak lelaki dibenarkan mewarisi harta benda keluarga dan anak lelaki sulung boleh mewarisi jumlah harta benda keluarga yang lebih banyak daripada adik-beradik yang lain.

Dalam tradisi Cina, lelaki penting sebagai penerus generasi. Anak lelaki harus tinggal bersama ibu bapanya dan ini menjaga mereka sehingga ke akhir hayat, khususnya anak sulung. Anak perempuan yang belum berkahwin boleh tinggal bersama keluarga manakala yang sudah berkahwin, tidak dibenarkan tinggal bersama keluarga, tetapi dengan ahli keluarga suaminya.

Nama keluarga amat diutamakan dalam masyarakat Cina. Anak mengambil nama keluarga bapanya dan diulang bagi setiap generasi akan datang supaya kesinambungan tersebut tidak terputus. Orang Cina yang nama keluarganya sama menganggap diri mereka berasal daripada keluhuran yang sama.

Sesi Temu Bual ( Ilmu & Pendidikan)


Berikut merupakan hasil temu bual kami dengan Prof. Moo tentang aspek ilmu dan pendidikan orang Cina.


1. Apakah pendapat atau pandangan orang Cina tentang pendidikan?

  • pendidikan sangat penting
  • ibu bapa merasakan bahawa pendidikan sentiasa merupakan cara yang bagus untuk berjaya 
  • kebanyakan ibu bapa sanggup melakukan pengorbanan. Sebagai contoh, meminjam duit jika perlu untuk menghantar anak untuk belajar
  • menganggap pendidikan sesuatu yang serius
  • pendidikan membantu anak-anak mereka menjadi seorang yang lebih baik.(mempunyai wang dan pemikiran yang baik)
  • menjalani kehidupan yang baik dan berkualiti
  • Di China, padaa zaman dahulu,  mereka yang hendak berkhidmat dengan kerajaan wajib menduduki peperiksaan (menjamin kedudukan, pangkat, kewangan)

2. Adakah bahasa Cina (Mandarin) masih dipelajari?
  • bahasa Mandarin adalah sangat penting
  • ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah Cina 
  • Pada zaman dahulu, bahasa Mandarin dipelajari untuk menjaga keluarga, menjadi seorang yang beradab, dan menyumbang sesuatu kepada masyarakat
  • keluarga  Cina yang berlatarbelakangkan perniagaan menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina agar mereka dapat mengambil alih perniagaan tersebut pada masa hadapan

Wanita dalam masyarakat Cina

Semasa sesi temu bual berlangsung, kami sempat bertanyakan soalan mengenai kaum  wanita dalam masyarakat cina. Menurut beliau, jika dahulu perkahwinan seseorang perempuan ditentukan oleh ibubapa. Bridewealth diberikan oleh pihak lelaki kepada ibu bapa perempuan untuk mengahwini anaknya. Selepas perkahwinan , wanita akan meninggalkan rumahnya sendiri dan berpindah masuk ke rumah suaminya. Semua keperluan wanita tersebut akan di jaga oleh keluarga mertuanya. Ianya agak berbeza situasinya pada zaman kemodenan ini apabila wanita cina lebih maju dan berpendidikan tinggi. Boleh dikatakan hampir semua wanita mempunyai pendidikan terjamin apatah lagi ilmu amat lah di utamakan dalam setiap keluarga cina seturusnya memberi mereka jawatan yang tinggi dalam Negara. Hal ini menyebabkan mereka tidak lagi bergantung kepada keluarga untuk mencari jodoh malahan ada yang menanggap jika tidak berkahwin juga tiada masalah kerana mereka mampu hidup berdikari. Selain itu, ada juga yang berpendapat jika berkahwin, belum tentu keperluan mereka dapat di jaga oleh keluarga mertua. Kami sangat teruju mendengar cerita mengenai wanita dalam masyarakat cina ini lebih lebih lagi kumpulan kami terdiri daripada 3 perempuan. Ia telah membuka mata kami bahawa cerita- cerita drama cina lama yang di paparkan mengenai wanita adalah betul seperti contoh babak pengantin perempuan di bawa dalam tandu kerumah suaminya serta di iringi oleh keluarganya yang kesedihan.



Selain daripada mengambil isi dari sesi temu bual, kami juga melakukan beberapa kajian melalui buku- buku serta laman- laman web.

Perkara pertama yang kami ingin berkongsi berdasarkan apa yang kami telah kaji adalah mengenai perkahwinan. Perkahwinan merupakan adat sosial utama yang menggambarkan status kedudukan wanita. Ketidakseimbangan jantina yang berlaku , mendorong kaum lelaki mempunyai lebih daripada seorang isteri. Walaupun seseorang lelaki mempunyai banyak isteri atau gundik, wanita tidak berhak membuat bantahan, jika tidak mereka akan di ceraikan tanpa apa- apa sebab. Mempunyai isteri yang banyak kadangkala tidak dapat di elakkan dalam tradisional cina. Ini kerana kaum lelaki berpendapat mereka mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan keturunan keluarga mereka.
Selain daripada itu, masyarakat cina tradisional ini amat berbeza dengan masyarakat cina moden apabila status kedudukan seseorang perempuan dinilai melalui hantaran yang di beri oleh pengantin perempuan kepada suaminya. Hantaran ini merupakan nilai pembelian seorang suami, hal Ini jelas menunjukkan wanita mempunyai kedudukan yang rendah. Ketara perbezaannya dengan kaum wanita zaman moden ini apabila status mereka di pandang tinggi apabila hanya bridewealth yang diperlukan.


Yang kedua ialah mengenai tradisi dan perubahan dalam kalangan kaum wanita. Pada zaman dahulu, Kaum wanita mempunyai status yang rendah dalam masyarakat cina namun mereka di katakan memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kepercayaan adat resam dan tradisi Cina sehigga kini. Di situ kita dapat lihat betapa pentingnya peranan kaum wanita dalam mengekalkan identity masyarakat cina. Namun jika di lihat dalam zaman kemodenan ini peranan kaum wanita telah banyak berubah , seperti contoh telah ramai yang terlibat dalam pelajaran, kebebasan dan hak wanita sama dengan lelaki malahan di beri kepercayaan dalam pelbagai aktiviti seperti politik, sukan dan sebagainya.