Berikut merupakan hasil temu bual kami dengan Prof. Moo tentang aspek ilmu dan pendidikan orang Cina.
1. Apakah pendapat atau pandangan orang Cina tentang pendidikan?
- pendidikan sangat penting
- ibu bapa merasakan bahawa pendidikan sentiasa merupakan cara yang bagus untuk berjaya
- kebanyakan ibu bapa sanggup melakukan pengorbanan. Sebagai contoh, meminjam duit jika perlu untuk menghantar anak untuk belajar
- menganggap pendidikan sesuatu yang serius
- pendidikan membantu anak-anak mereka menjadi seorang yang lebih baik.(mempunyai wang dan pemikiran yang baik)
- menjalani kehidupan yang baik dan berkualiti
- Di China, padaa zaman dahulu, mereka yang hendak berkhidmat dengan kerajaan wajib menduduki peperiksaan (menjamin kedudukan, pangkat, kewangan)
2. Adakah bahasa Cina (Mandarin) masih dipelajari?
- bahasa Mandarin adalah sangat penting
- ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah Cina
- Pada zaman dahulu, bahasa Mandarin dipelajari untuk menjaga keluarga, menjadi seorang yang beradab, dan menyumbang sesuatu kepada masyarakat
- keluarga Cina yang berlatarbelakangkan perniagaan menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina agar mereka dapat mengambil alih perniagaan tersebut pada masa hadapan
No comments:
Post a Comment