Haa..tahukah anda masyarakat cina dahulu mempunyai satu amalan khas untuk kaum perempuan iaitu amalan mengikat kaki. melalui projek ini, kami telah mendapat satu ilmu yang boleh dikatakan pertama kali kami mendengarnya. sudah semestinya kami berasa sangat terkejut apabila membacanya. Amalan ini kebiasaannya diamalkan pada usia seawal 5 hingga 8 tahun, kanak-kanak perempuan ini diwajibkan melipat empat jari kaki mereka ke bawah telapak kaki sebelum mengikatnya.
Kain yang digunakan untuk mengikat kaki tersebut kemudian dijahit bagi mengemaskan lagi lipatan kaki berkenaan untuk mencegah empat jari kaki tersebut daripada terus membesar, sekali gus membantutkan pertumbuhan empat jari tersebut dan membiarkannya bersatu dengan telapak kaki.
Dalam budaya masyarakat China ketika itu, bentuk kaki kecil ialah lambang kecantikan wanita. Bahkan ia dipercayai dapat meningkatkan keghairahan seksual si lelaki.
Demi mengecapi kehormatan di tengah-tengah masyarakat, mereka rela untuk menghadapi masalah patah tulang kaki dan masalah jangkitan selama proses pengikatan berlaku.
Awalnya kaki itu dipotong kukunya hingga habis, lalu ditekan ke bahagian dalam dan dicampur pelbagai ramuan serta darah haiwan untuk melembutkan kulit kaki.
Setelah itu mereka kembali meremas kaki ke arah telapak sampai jari-jarinya patah. Agar bentuknya tetap, mereka mengikatnya dengan kain. Sebulan sekali ikatan itu dibuka dan kaki dicuci bersih lalu kembali diikat hingga akhirnya mengeras.
Namun beberapa saksi yang masih hidup di atas kekejaman amalan tersebut masih wujud. Mereka sering bercerita tentang soal kesakitan yang dialami demi untuk kelihatan cantik.
Wanita China zaman dahulu sering mempraktikkan amalan kaki kecil ini. Semakin mengecut kaki seseorang wanita itu seumpama bunga teratai maka semakin cantik seorang perempuan itu. Ya Allah, kami berasa sangat kesian kerana amalan tersebut nampak sangat menyakitkan.