Friday 28 November 2014

Kesukaran yang dihadapi

Dalam proses mencari maklumat tentang keilmuan, pendidikan , wanita dan keluarga masyarakat Cina, terdapat banyak kesukaran yang perlu kami hadapi. Pertama sekali, kami merancang untuk pergi ke Muzium Negara bagi mendapatkan maklumat. Akan tetapi, perancangan kami tidak dapat dijalankan kerana kekurangan masa dan jadual aktiviti yang padat. Selain itu perjalanan ke sana juga mengambil masa. Oleh itu, kami tidak dapat pergi ke muzium negara untuk mendapatkan maklumat.


Kami juga merancang untuk pergi ke Setia City Mall untuk menemubual beberapa orang Cina . Akan tetapi tempat tersebut tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti temubual. Oleh itu, kami telah melupakan perancangan tersebut. Akhir sekali, kami merancang untuk menemubual penyarah berbangsa Cina dari UITM Puncak Alam untuk mendapatkan maklumat tentang kajian kami. Beberapa orang pensyarah telah dihubungi untuk mendapatkan temu janji tetapi hanya seorang sahaja pensyarah yang bersetuju untuk ditemubual kerana beliau mempunyai masa lapang. Pensyarah lain tidak dapat ditemubual kerana mereka mempunyai jadual yang padat.