Wednesday 10 December 2014

Sumbangan kami :)

Melalui projek CTU551 iaitu masyarakat cina dalam aspek pendidikan dan ilmu, wanita dan keluarga kami telah mendapat banyak ilmu baru. Salah satu ilmu tersebut ialah melalui pendidikan dan ilmu. kami mendapati masyarakat cina sangat mementingkan ilmu, bahkan ibubapa sanggup berkorban harta dan tenaga demi memastikan anak anak mendapat pendidikan yang sempurna. Ilmu yang kami perolehi ini tiada gunanya andai di simpan untuk kami sahaja , oleh itu Kami telah bersepakat memberi ilmu ini sebagai manfaat kepada beberapa orang pelajar UiTM Puncak Alam. Manfaat kami diberikan dalam bentuk penanda buku (ala ala kad sikit,hehehe..) yang tertulis kata-kata mengenai ilmu. Pelajar- pelajar ini dipilih secara rawak di kolej Angsana. Kami memilih pelajar- pelajar tersebut secara rawak untuk menyebarkan manfaat ini secara meluas, bukanlah terhad kepada pelajar fakulti farmasi sahaja. Semoga manfaat yang kami berikan kepada pelajar-pelajar ini di manfaatkan dan di sampaikan kepada orang lain. Aminn...




- yay! Kami berganding bahu menyiapkan penanda buku-


-inilah hasil kerja kami, cute kan? hehe


- bersama dengan rakan- rakan yang di beri manfaat :)
'Sharing is caring, caring is loving'


- video kami ketika memberi manfaat kepada rakan- rakan UiTM-

TAHUKAH ANDA??


Haa..tahukah anda masyarakat cina dahulu mempunyai satu amalan khas untuk kaum perempuan iaitu amalan mengikat kaki. melalui projek ini, kami telah mendapat satu ilmu yang boleh dikatakan pertama kali kami mendengarnya. sudah semestinya kami berasa sangat terkejut apabila membacanya. Amalan ini kebiasaannya diamalkan pada usia seawal 5 hingga 8 tahun, kanak-kanak perempuan ini diwajibkan melipat empat jari kaki mereka ke bawah telapak kaki sebelum mengikatnya.
Kain yang digunakan untuk mengikat kaki tersebut kemudian dijahit bagi mengemaskan lagi lipatan kaki berkenaan untuk mencegah empat jari kaki tersebut daripada terus membesar, sekali gus membantutkan pertumbuhan empat jari tersebut dan membiarkannya bersatu dengan telapak kaki.
Dalam budaya masyarakat China ketika itu, bentuk kaki kecil ialah lambang kecantikan wanita. Bahkan ia dipercayai dapat meningkatkan keghairahan seksual si lelaki.
Demi mengecapi kehormatan di tengah-tengah masyarakat, mereka rela untuk menghadapi masalah patah tulang kaki dan masalah jangkitan selama proses pengikatan berlaku.
Awalnya kaki itu dipotong kukunya hingga habis, lalu ditekan ke bahagian dalam dan dicampur pelbagai ramuan serta darah haiwan untuk melembutkan kulit kaki.
Setelah itu mereka kembali meremas kaki ke arah telapak sampai jari-jarinya patah. Agar bentuknya tetap, mereka mengikatnya dengan kain. Sebulan sekali ikatan itu dibuka dan kaki dicuci bersih lalu kembali diikat hingga akhirnya mengeras.
Namun beberapa saksi yang masih hidup di atas kekejaman amalan tersebut masih wujud. Mereka sering bercerita tentang soal kesakitan yang dialami demi untuk kelihatan cantik.
Wanita China zaman dahulu sering mempraktikkan amalan kaki kecil ini. Semakin mengecut kaki seseorang wanita itu seumpama bunga teratai maka semakin cantik seorang perempuan itu. Ya Allah, kami berasa sangat kesian kerana amalan tersebut nampak sangat menyakitkan.


Sesi Temu Bual (Perkara-perkara lain)

1. Tentang keagamaan dalam masyarakat Cina.

  • Masyarakat Cina tidak mempunyai agama yang utama.
  • Bergantung kepada persekitaran.
  • Mereka berdoa hanya untuk mendapatkan keberkatan seperti dikurniakan kekayaan dan kesihatan yang baik.
  • Anak-anak yang berpendidikan tinggi selalunya tidak mengikuti ajaran yang diamalkan oleh keluarganya. 
2. Adakah masyarakat Cina yang beragama Kristian menyambut Tahun Baru Cina ?
  • Tahun Baru Cina adalah perayaan yang bukan bersifat keagamaan.
  • Ia adalah sambutan bagi semua masyarakat Cina yang menggunakan kalendar Cina.
  • Orang Cina biasa selalunya memasukkan unsur-unsur agama ketika menyambut perayaan ini seperti berdoa untuk nenek moyang.
  • Orang Cina yang beragama Kristian pula hanya menyambutnya sebagai satu perayaan.
3.Mengapa masyarakat Cina menyukai warna merah?
  • Bagi mereka, merah itu warna yang berani dan menandakan kekuasaan. 
  • Kekuasaan itu pula penting  bagi mereka.

Sesi Temu Bual (Wanita & Keluarga)

Berikut merupakan hasil temu bual kami dengan Prof. Moo tentang aspek wanita dan keluarga orang Cina.

1. Apakah perbezaaan antara orang tua dan muda zaman dahulu dan sekarang.



Zaman Dahulu
Zaman Sekarang
Dipengaruhi dengan kebudayaan Cina
Dipengaruhi dengan kebudayaan Barat
Hormat dan menjaga orang tua serta mendengar nasihat orang tua
Kurang mendengar nasihat orang tua
Tidak pernah melawan cakap orang tua
Lantang bersuara

2. Adakah perubahan yang berlaku itu perubahan yang baik ataupun buruk ?



  • Perubahan yang buruk kerana kadang kala orang muda bertindak melampaui batas sehinggakan mereka menjadi kurang sopan kepada orang tua.
  • Orang muda zaman dahulu lebih mengutamakan keluarga. Apabila mereka bekerja, mereka akan memberikan sebahagian gaji mereka kepada ibubapa. 
  • Orang muda zaman sekarang lebih mengutamakan diri sendiri. Apabila mereka bekerja, gaji mereka akan digunakan untuk membeli barang yang mereka mahu. Mereka tidak menyumbang kepada ibubapa.
3. Perbezaan jumlah anak dahulu dan sekarang.
  • Keluarga dahulu biasanya datang dari komuniti pekebun jadi mereka memerlukan anak yang ramai untuk membantu mereka.
  • Keluarga sekarang banyak yang berkerjaya dan sibuk jadi tidak mampu mendapat anak yang ramai.
  • Selain itu, pendapatan mereka juga terhad, jadi sukar untuk membesarkan ramai anak.

Kekeluargaan dalam masyarakat Cina

Masyarakat Cina terdiri daripada unit keluarga yang menjadi asas struktur sosial. Hubungan antara individu, lelaki dan wanita, orang tua dan muda penting dalam sesebuah keluarga. Lelaki yang paling berumur merupakan ketua dan bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya seperti membekalkan keperluan keluarga. Seseorang lelaki itu akan dipatuhi dan diberi penghormatan. Isteri hanya menguruskan hal-hal dalam keluarga seperti menjaga anak. Anak-anak pula berperanan sebagai generasi baru yang akan mewarisi tradisi , harta benda dan keunikan sesebuah keluarga. Hanya anak lelaki dibenarkan mewarisi harta benda keluarga dan anak lelaki sulung boleh mewarisi jumlah harta benda keluarga yang lebih banyak daripada adik-beradik yang lain.

Dalam tradisi Cina, lelaki penting sebagai penerus generasi. Anak lelaki harus tinggal bersama ibu bapanya dan ini menjaga mereka sehingga ke akhir hayat, khususnya anak sulung. Anak perempuan yang belum berkahwin boleh tinggal bersama keluarga manakala yang sudah berkahwin, tidak dibenarkan tinggal bersama keluarga, tetapi dengan ahli keluarga suaminya.

Nama keluarga amat diutamakan dalam masyarakat Cina. Anak mengambil nama keluarga bapanya dan diulang bagi setiap generasi akan datang supaya kesinambungan tersebut tidak terputus. Orang Cina yang nama keluarganya sama menganggap diri mereka berasal daripada keluhuran yang sama.

Sesi Temu Bual ( Ilmu & Pendidikan)


Berikut merupakan hasil temu bual kami dengan Prof. Moo tentang aspek ilmu dan pendidikan orang Cina.


1. Apakah pendapat atau pandangan orang Cina tentang pendidikan?

  • pendidikan sangat penting
  • ibu bapa merasakan bahawa pendidikan sentiasa merupakan cara yang bagus untuk berjaya 
  • kebanyakan ibu bapa sanggup melakukan pengorbanan. Sebagai contoh, meminjam duit jika perlu untuk menghantar anak untuk belajar
  • menganggap pendidikan sesuatu yang serius
  • pendidikan membantu anak-anak mereka menjadi seorang yang lebih baik.(mempunyai wang dan pemikiran yang baik)
  • menjalani kehidupan yang baik dan berkualiti
  • Di China, padaa zaman dahulu,  mereka yang hendak berkhidmat dengan kerajaan wajib menduduki peperiksaan (menjamin kedudukan, pangkat, kewangan)

2. Adakah bahasa Cina (Mandarin) masih dipelajari?
  • bahasa Mandarin adalah sangat penting
  • ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah Cina 
  • Pada zaman dahulu, bahasa Mandarin dipelajari untuk menjaga keluarga, menjadi seorang yang beradab, dan menyumbang sesuatu kepada masyarakat
  • keluarga  Cina yang berlatarbelakangkan perniagaan menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina agar mereka dapat mengambil alih perniagaan tersebut pada masa hadapan

Wanita dalam masyarakat Cina

Semasa sesi temu bual berlangsung, kami sempat bertanyakan soalan mengenai kaum  wanita dalam masyarakat cina. Menurut beliau, jika dahulu perkahwinan seseorang perempuan ditentukan oleh ibubapa. Bridewealth diberikan oleh pihak lelaki kepada ibu bapa perempuan untuk mengahwini anaknya. Selepas perkahwinan , wanita akan meninggalkan rumahnya sendiri dan berpindah masuk ke rumah suaminya. Semua keperluan wanita tersebut akan di jaga oleh keluarga mertuanya. Ianya agak berbeza situasinya pada zaman kemodenan ini apabila wanita cina lebih maju dan berpendidikan tinggi. Boleh dikatakan hampir semua wanita mempunyai pendidikan terjamin apatah lagi ilmu amat lah di utamakan dalam setiap keluarga cina seturusnya memberi mereka jawatan yang tinggi dalam Negara. Hal ini menyebabkan mereka tidak lagi bergantung kepada keluarga untuk mencari jodoh malahan ada yang menanggap jika tidak berkahwin juga tiada masalah kerana mereka mampu hidup berdikari. Selain itu, ada juga yang berpendapat jika berkahwin, belum tentu keperluan mereka dapat di jaga oleh keluarga mertua. Kami sangat teruju mendengar cerita mengenai wanita dalam masyarakat cina ini lebih lebih lagi kumpulan kami terdiri daripada 3 perempuan. Ia telah membuka mata kami bahawa cerita- cerita drama cina lama yang di paparkan mengenai wanita adalah betul seperti contoh babak pengantin perempuan di bawa dalam tandu kerumah suaminya serta di iringi oleh keluarganya yang kesedihan.



Selain daripada mengambil isi dari sesi temu bual, kami juga melakukan beberapa kajian melalui buku- buku serta laman- laman web.

Perkara pertama yang kami ingin berkongsi berdasarkan apa yang kami telah kaji adalah mengenai perkahwinan. Perkahwinan merupakan adat sosial utama yang menggambarkan status kedudukan wanita. Ketidakseimbangan jantina yang berlaku , mendorong kaum lelaki mempunyai lebih daripada seorang isteri. Walaupun seseorang lelaki mempunyai banyak isteri atau gundik, wanita tidak berhak membuat bantahan, jika tidak mereka akan di ceraikan tanpa apa- apa sebab. Mempunyai isteri yang banyak kadangkala tidak dapat di elakkan dalam tradisional cina. Ini kerana kaum lelaki berpendapat mereka mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan keturunan keluarga mereka.
Selain daripada itu, masyarakat cina tradisional ini amat berbeza dengan masyarakat cina moden apabila status kedudukan seseorang perempuan dinilai melalui hantaran yang di beri oleh pengantin perempuan kepada suaminya. Hantaran ini merupakan nilai pembelian seorang suami, hal Ini jelas menunjukkan wanita mempunyai kedudukan yang rendah. Ketara perbezaannya dengan kaum wanita zaman moden ini apabila status mereka di pandang tinggi apabila hanya bridewealth yang diperlukan.


Yang kedua ialah mengenai tradisi dan perubahan dalam kalangan kaum wanita. Pada zaman dahulu, Kaum wanita mempunyai status yang rendah dalam masyarakat cina namun mereka di katakan memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kepercayaan adat resam dan tradisi Cina sehigga kini. Di situ kita dapat lihat betapa pentingnya peranan kaum wanita dalam mengekalkan identity masyarakat cina. Namun jika di lihat dalam zaman kemodenan ini peranan kaum wanita telah banyak berubah , seperti contoh telah ramai yang terlibat dalam pelajaran, kebebasan dan hak wanita sama dengan lelaki malahan di beri kepercayaan dalam pelbagai aktiviti seperti politik, sukan dan sebagainya.

Sistem Pendidikan Tradisional Tamadun China


1. Latar belakang sistem pendidikan China

• Pendidikan amat penting dalam Tamadun China dan masyarakat China sangat menghormati golongan      intelektual.
• Kerajaan bertanggungjawab menyediakan keperluan dan kemudahan pendidikan seperti rumah guru, rumah penaung yang kaya, rumah berhala dan pondok.
• Terdapat ruang pemujaan Confucius di bilik darjah.
• Kanak-kanak mula bersekolah semasa berumur 7 tahun.
• Pelajar membawa kerusi, buku, kertas, pensel dan dakwat sendiri ke sekolah.
• Terdapat sekolah menengah dan sekolah tinggi yang menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan kerajaan.
• Sekolah-sekolah ini ditaja oleh kerajaan, persendirian, golongan kaya dan pegawai kerajaan.
• Pada zaman Maharaja Wu Ti dalam Dinasti Han (140-87 S.M), sekolah tinggi ditubuhkan di ibu kota dan menggalakkan penubuhan sekolah-sekolah di provinsi dan daerah.
• Pada zaman Maharaja Yan Kuang dalam Dinasti Sui, sekolah dan perpustakaan imperial telah ditubuhkan.
• Pada zaman Dinasti Ming, kolej golongan belia dan universiti kebangsaan telah ditubuhkan pada peringkat pusat.
• Pada zaman Hsuan Tsung, Akademik Han Lian telah ditubuhkan.
• Selain itu, sekolah-sekolah telah ditubuhkan secara besar-besaran.
• Kemudian, sistem percetakan telah diperkenalkan.

Dasar pendidikan di China :
  • Dalam tamadun China, masyarakat menghargai pendidikan, matlamat utama pendidikan ialah lulus peperiksaan awam.
  •  Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap : Hsiu Tai, Tahap pertama selaras dengan ijazah pertama, tahap kedua, Chun-Jen, setaraf dengan sarjana dan Chin Shih, setaraf dengan  doctor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini.
  • Pada zaman Confucius, terdapat sekolah-sekolah di kampung kecul ( hamlet ), kampung ( villaga ) dan negeri-negeri feudal.
  •  Satu ciri nyata pendidikan tradisional China ialah hubungan system pemilihan pegawai-pegawai awam melalui peperiksaan  awam dan menyediakan pelajar-pelajar untuk tiga peringkat ijazah dan tiga tahap peperiksaan.
  • Pelajar perlu menduduki peperiksaan di daerahnya sendiri sebelum menduduki peperiksaan untuk ijazah pertama  di Bandar . Diadakan  dua kali dalam tempoh tiga tahun.– Lulus menerima ijazah Hsiu Tsai.
  • Peperiksaan peringkat kedua  di ibu kota provinsi , calon yang berjaya di anugerah ijazah Chun-Jen. Peperiksaan peringkat ketiga di adakan di Ibu kota empayar, di istana dengan kehadiran maharaja, ijazah dikenali sebagai Chin Shih. Peperiksaan tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali.
  • Penghormatan kepada ketiga-tiga ahli akademik, penghormatan tertinggi diberi gelaran Chuang Yuan.
  • Mereka yang lulus ijazah pertama akan berpeluang menjadi pegawai kerjaan , ijazah ketiga pula layak menjadi pendidik.
  •  Han Lin- Sebuah majlis ahli-ahli akademik terkemuka sebagai sebuah badan penasihat dan penyunting., kebiasaannya bertindak sebagai kabinet maharaja, ada dilantik sebagai tokoh kesusasteraan negara dan berkedudukan tinggi dalam negara.
Peperiksaan ini dianggap terbaik oleh masyarakat China kerana
  • menjawat jawatan dalam kerajaan
  • peniruan dihukum mati
  • peraturan yang ketat
  • semua rakyat berpeluang menduduki peperiksaan
  • sistem peperiksaan yang telus
  • mengubah status sosial seseorang setelah lulus peperiksaan awam.



Tahap pendidikan :
  • Guru daripada bekas pegawai kerajaan yang hilang pekerjan atau ahli akademik yang gagal peperiksaan. Pendidikan tertumpu kepada menghafaz tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami makna.
  • Peringkat menengah – Tumpuan diberi kepada latihan dalam menghasilkan karangan dan sastera serta pengkajian esei.
  • Kurikulum peringkat tinggi-Tumpuan kepada menterjemahkan buku suci ke dalam bahasa China moden,menjelaskan kandungan buku suci dan penulisan esei.

Zaman Dinasti Shang :
  • Semasa zaman pemerintahan Dinasti Shang,kurikulum pendidikannya meliputi kemahiran dalam sistem tulisan bergambar atau ideogram.
  • Terdapat lebih 3,000 simbol atau tulisan bergambar yang harus dihafal oleh para pelajar.
  • Mereka yang dapat menguasai sistem tulisan ini dapat menjadi jurutulis.

Zaman Chou :
  • Zaman pemerintahan Chou Barat diwujudkan untuk anak bangsawan di ibu kota dan bandar-bandar lain.  Sekolah untuk orang biasa disediakan di feudal iaitu kampung dan kampung kecil.  Terdapat pendidikan asas dan sekolah lanjutan bagi pemerintah dan orang awam.  Kurikulum – terdiri daripada 6 bidang seni  (muzik,memanah,penulisan,matematik,memandu kereta kuda beroda dua dan pelbagai upacara dan adat istiadat).
  • Sistem pendidikan zaman ini adalah liberal dan menekankan pemahaman dalam menimba ilmu (kaedah menghafal dikutuk).  Confucious berpendapat belajar tanpa pemahaman adalah pembaziran.
  • Chou Timur – perubahan sosial membawa kelahiran “Hundred School of Thought”
  • 100 school of Philosophy berkembang bila wujudnya penyelewengan dalam kerajaan dan peperangan. Ahli falsafah sering bertemu untuk berbahas dan bertukar pendapat.
  • Negeri feudal memberi keutamaan kepada bidang pendidikan dan bersaing untuk menarik golongan intelektual.
  • Kurikulum pendidikan golongan terpelajar berusaha untuk melahirkan golongan pelajar yang berani mengkritik dan mengamalkan tradisi menghormati diri sendiri.

Dinasti Chin :
  • Berasaskan falsafah legalisme. 
  • Pemerintah tidak mahu ada sebarang kesan masa lampau khasnya yang berkaitan dengan ajaran confucious. 
  • Sisten tulisan dipermudah dan disatukan.

Dinasti Han :
  • Universiti pertama ialah Universiti Nasional yang mempunyai 30,000 pelajar.
  • Peperiksaan terbuka kepada awam tetapi sebenarnya , diduduki golongan kaya sahaja.
  • Sebuah sekolah khas untuk melatih pegawai kerajaan telah ditubuhkan di wilayah Changan dan sekolah biasa didirikan di seluruh negara.
  • Contoh Su Ma Chien yang mendapat gelaran Bapa Sejarah Negara China.






Matlamat sistem pendidikan tamadun China 

1. Memenuhi keperluan kerajaan dan negara
• Demi memberikan suatu asas yang kukuh untuk mengekalkan kuasa politik, birokrasi dan kedaulatan maharaja serta mengekalkan keharmonian masyarakat dan taat setia rakyat terhadap raja dan negara.
• Pendidikan sebenarnya tidak menggalakkan pemikiran bebas rakyat bawahan atau golongan atasan.
• Sebaliknya bertujuan membendung pemikirannya supaya dapat memupuk hubungan erat rakyat dengan kerajaan, menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat.
• Fahaman Confucianisme telah menjadi asas ideologi politik dan kurikulum pendidikan China sejak Dinasti Han untuk mewujudkan sekelompok elit (scholargentry).
• Kelompok ini telah menyerap nilai-nilai moral dan etika Confuciusnisme yang akan menyokong dan memperkukuhkan status politik Maharaja China dan kerajaannya.

2. Peperiksaan awam
• Pendidikan di China mempunyai kaitan yang rapat dengan sistem peperiksaan yang diamalkan.
• Tiada had umur yang ditetapkan untuk mengambil peperiksaan.
• Seseorang yang lulus dalam peperiksaan awam akan menjadi pegawai dan pentadbiran dalam sistem pemerintahan di China.
• Peperiksaan dikendalikan dengan ketat.
- Mereka yang meniru dikenakan hukuman mati.
• Untuk memastikan tidak berlakunya penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.
• Mereka yang mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik dengan disediakan makanan.
• Mereka dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan.
• Setelah lulus, mereka akan menjadi ahli seumur hidup di Emperial Academy (organisasi intelek)

3. Menegakkan hubungan dan kepentingan nilai kekeluargaan
• Sifat ketaatan terhadap ibu bapa, orang tua dan penghormatan terhadap pegawaipegawai kerajaan.
• Untuk memupuk nilai-nilai moral dan etika yang diperlukan oleh pihak pemerintah, maka kurikulum pendidikan adalah berdasarkan Sembilan Buku Suci iaitu: Five classics dan The Four Books.
• Five Classics ialah Shu Ching (Book of History), Shih Ching (Book of Poetry), Yi Ching (Book of changes), Li Chi (Book of Rites) dan Chun-Chiu (Spring and Autumn Annals).
• The Four Books terdiri daripada Annalests, Great Learning, Doctrine of the Mean dan Works of Mencius.

4. Membezakan golongan elit (pemerintah) dan golongan massa (diperintah)
• Pendidikan China dianggap sebagai kayu ukur untuk membezakan dua golongan ini.
• Menurut pemikir Confuciusnisme, elit yang berpendidikan tinggi ialah Chun Tze atau manusia unggul ( the super or man).
• Oleh itu rakyat harus menghormati Chun Tze.
• Pendidikan dianggap sebagai penentu peranan dan hierarki masyarakat China tradisional.

5. Memilih pegawai kerajaan (birokrasi)
• Sejak zaman Dinasti Han, sistem peperiksaan awam telah diwujudkan untuk memilih pegawai kerajaan.
• Calon-calon yang cemerlang dalam peperiksaan akan dilantik memegang jawatan-jawatan kerajaan di ibu kota dan wilayah.
• Sistem ini dikekalkan sehingga kejatuhan Dinasti Ching pada tahun 1911.

6. Menyebarkan pemikiran dan falsafah pemikir-pemikir China
- Antara pemikir China ialah Kung Fu Tze, Lao Tze dan Mo Tze.


Kesimpulan

1. Matlamat pendidikan di China adalah untuk melahirkan rakyat China yang berpendidikan bagi membolehkan mereka menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan.
2. Bahkan sistem pendidikan dapat mengubah kedudukan mereka dalam masyarakat (mobiliti sosial).

sumber:
http://chinatamadun.blogspot.hk/2013/06/pendidikan-tamadun-china.html


Saturday 6 December 2014

Sharing Moment




Kami telah sepakat untuk menemu bual pensyarah pada hari ini memandangkan kelas kami pada hari ini habis awal. Syukur Alhamdullilah kerana keizinanNya akhirnya kami berpeluang untuk meneruskan projek TITAS ini. Pensyarah tersebut ialah Prof Madya Moo Shiew Ling. Beliau merupakan pensyarah Matematik di Pusat Asasi UiTM Puncak Alam. Sepanjang proses temu bual ini dijalankan, pelbagai informasi baru tentang masyarakat tradisional dan moden cina yang kami dapat. Prof Madya begitu ‘sporting’ dan berfikiran terbuka untuk berkongsi cerita mengenai masyarakat beliau termasuklah pengalaman yang di hadapinya sendiri. 



Ketika sesi temu bual berlangsung di bilik pensyarah



Antara video yang sempat dirakam oleh kami