Wednesday 10 December 2014

Wanita dalam masyarakat Cina

Semasa sesi temu bual berlangsung, kami sempat bertanyakan soalan mengenai kaum  wanita dalam masyarakat cina. Menurut beliau, jika dahulu perkahwinan seseorang perempuan ditentukan oleh ibubapa. Bridewealth diberikan oleh pihak lelaki kepada ibu bapa perempuan untuk mengahwini anaknya. Selepas perkahwinan , wanita akan meninggalkan rumahnya sendiri dan berpindah masuk ke rumah suaminya. Semua keperluan wanita tersebut akan di jaga oleh keluarga mertuanya. Ianya agak berbeza situasinya pada zaman kemodenan ini apabila wanita cina lebih maju dan berpendidikan tinggi. Boleh dikatakan hampir semua wanita mempunyai pendidikan terjamin apatah lagi ilmu amat lah di utamakan dalam setiap keluarga cina seturusnya memberi mereka jawatan yang tinggi dalam Negara. Hal ini menyebabkan mereka tidak lagi bergantung kepada keluarga untuk mencari jodoh malahan ada yang menanggap jika tidak berkahwin juga tiada masalah kerana mereka mampu hidup berdikari. Selain itu, ada juga yang berpendapat jika berkahwin, belum tentu keperluan mereka dapat di jaga oleh keluarga mertua. Kami sangat teruju mendengar cerita mengenai wanita dalam masyarakat cina ini lebih lebih lagi kumpulan kami terdiri daripada 3 perempuan. Ia telah membuka mata kami bahawa cerita- cerita drama cina lama yang di paparkan mengenai wanita adalah betul seperti contoh babak pengantin perempuan di bawa dalam tandu kerumah suaminya serta di iringi oleh keluarganya yang kesedihan.



Selain daripada mengambil isi dari sesi temu bual, kami juga melakukan beberapa kajian melalui buku- buku serta laman- laman web.

Perkara pertama yang kami ingin berkongsi berdasarkan apa yang kami telah kaji adalah mengenai perkahwinan. Perkahwinan merupakan adat sosial utama yang menggambarkan status kedudukan wanita. Ketidakseimbangan jantina yang berlaku , mendorong kaum lelaki mempunyai lebih daripada seorang isteri. Walaupun seseorang lelaki mempunyai banyak isteri atau gundik, wanita tidak berhak membuat bantahan, jika tidak mereka akan di ceraikan tanpa apa- apa sebab. Mempunyai isteri yang banyak kadangkala tidak dapat di elakkan dalam tradisional cina. Ini kerana kaum lelaki berpendapat mereka mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan keturunan keluarga mereka.
Selain daripada itu, masyarakat cina tradisional ini amat berbeza dengan masyarakat cina moden apabila status kedudukan seseorang perempuan dinilai melalui hantaran yang di beri oleh pengantin perempuan kepada suaminya. Hantaran ini merupakan nilai pembelian seorang suami, hal Ini jelas menunjukkan wanita mempunyai kedudukan yang rendah. Ketara perbezaannya dengan kaum wanita zaman moden ini apabila status mereka di pandang tinggi apabila hanya bridewealth yang diperlukan.


Yang kedua ialah mengenai tradisi dan perubahan dalam kalangan kaum wanita. Pada zaman dahulu, Kaum wanita mempunyai status yang rendah dalam masyarakat cina namun mereka di katakan memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kepercayaan adat resam dan tradisi Cina sehigga kini. Di situ kita dapat lihat betapa pentingnya peranan kaum wanita dalam mengekalkan identity masyarakat cina. Namun jika di lihat dalam zaman kemodenan ini peranan kaum wanita telah banyak berubah , seperti contoh telah ramai yang terlibat dalam pelajaran, kebebasan dan hak wanita sama dengan lelaki malahan di beri kepercayaan dalam pelbagai aktiviti seperti politik, sukan dan sebagainya.

1 comment:

  1. Lucky Club Casino Site | Live Scores, Live Odds,
    Lucky Club Casino site, where live and on-line betting opportunities luckyclub will be available. Betting odds are updated monthly. Our betting options are provided daily

    ReplyDelete